Cuti Raya Tambahan 2026 – Terpakai Di Sabah & Sarawak Tak?

LocalPolitics
18 Mar 2026 • 1:29 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Seperti yang kita tahu, perlembagaan di Sarawak dan Sabah ada sedikit berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia kerana Akta Kerja 1955 hanya terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala Sabah dan Sarawak mempunyai ordinan buruh tersendiri.

Jadi, bagi yang keliru dengan cuti tambahan Hari Raya 2026 yang diumumkan oleh PMX, kami akan kongsikan beberapa penjelasan untuk cuti di kedua-dua negeri ini.

image is not available

image is not available
Sumber: Ketua Setiausaha Negara

Cuti Tambahan Hari Raya 2026 Di Sarawak

Untuk orang Sarawak, anda tak perlu risau kerana Kerajaan Sarawak telah mengumumkan satu cuti umum tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2026, tertakluk kepada tarikh rasmi 1 Syawal 1447H. Pengumuman ini adalah selaras dengan pendekatan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim:

  • Jika Hari Raya jatuh pada Jumaat, 20 Mac 2026, maka cuti tambahan akan diberikan pada Isnin, 23 Mac 2026.
  • Sekiranya Hari Raya jatuh pada Sabtu, 21 Mac 2026, maka cuti tambahan akan diberikan pada Jumaat, 20 Mac 2026.

Cuti tambahan ini adalah tambahan kepada cuti umum sedia ada yang telah diwartakan dalam jadual cuti negeri Sarawak.

image is not available

Cuti Tambahan Hari Raya 2026 Di Sabah

Bagaimana pula dengan Sabah? Kerajaan Sabah telah mengumumkan satu cuti umum tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2026, tertakluk kepada tarikh rasmi 1 Syawal 1447H.

Pengumuman ini adalah selaras dengan pendekatan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim:

  • Jika Hari Raya jatuh pada Jumaat, 20 Mac 2026, maka cuti tambahan akan diberikan pada Isnin, 23 Mac 2026.
  • Sekiranya Hari Raya jatuh pada Sabtu, 21 Mac 2026, maka cuti tambahan akan diberikan pada Jumaat, 20 Mac 2026.
image is not available