Cuti Sekolah Ogos Ini, Jomlah Bawa Anak Menginap Bersama Hello Kitty, Kuromi & Cinnamoroll

TravelFamily & Parenting
26 Jul 2026 • 8:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Kalau anak-anak anda peminat Hello Kitty, Kuromi atau Cinnamoroll, mungkin cuti sekolah Ogos ini boleh dijadikan alasan untuk menghadiahkan mereka sesuatu yang lebih istimewa. Bukan mainan. Bukan juga gajet baharu.

Sebaliknya, apa kata bawa mereka bercuti dan menginap dalam dunia karakter Sanrio yang selama ini hanya mereka kenali menerusi barangan, permainan dan cerita kegemaran?

Image from: Cuti Sekolah Ogos Ini, Jomlah Bawa Anak Menginap Bersama Hello Kitty, Kuromi & Cinnamoroll

Pengalaman sebegini kini boleh dinikmati di Iconic Marjorie Penang, a Tribute Portfolio Hotel menerusi kolaborasi rasmi bersama Sanrio Southeast Asia yang memperkenalkan bilik-bilik bertemakan Hello Kitty, Kuromi dan Cinnamoroll.

Menariknya, bilik-bilik ini bukan sekadar dihiasi dengan wajah karakter popular Sanrio. Tetapi ia direka dengan sentuhan Peranakan yang cukup sinonim dengan identiti hotel, sekali gus menghasilkan pengalaman yang menggabungkan budaya Malaysia dengan dunia pop Jepun.

Jadi, sebaik sahaja membuka pintu bilik, anak-anak bukan sahaja akan rasa seperti sedang bercuti di sebuah hotel, tetapi seolah-olah melangkah masuk ke dunia karakter kesayangan mereka.

Image from: Cuti Sekolah Ogos Ini, Jomlah Bawa Anak Menginap Bersama Hello Kitty, Kuromi & Cinnamoroll

Setiap karakter pula mempunyai bilik bertema tersendiri, memberikan pengalaman yang berbeza mengikut personaliti dan dunia karakter tersebut. Bayangkan keterujaan si kecil apabila mengetahui mereka bukan sekadar akan tidur di hotel, tetapi bakal menghabiskan malam dalam bilik yang direka khas berdasarkan karakter Sanrio kegemaran.

Bagi ibu bapa yang sedang mencari idea untuk mengisi cuti sekolah Ogos ini, pengalaman sebegini mungkin boleh menjadi pilihan untuk mencipta memori baharu bersama anak-anak. Tidak perlu pun menyusun jadual percutian yang terlalu padat. Ini kerana, anda boleh sahaja meluangkan lebih banyak masa di hotel kerana pengalaman Sanrio ini tidak terhenti di bilik.

Image from: Cuti Sekolah Ogos Ini, Jomlah Bawa Anak Menginap Bersama Hello Kitty, Kuromi & Cinnamoroll

Turut diperkenalkan ialah Sanrio characters Afternoon Tea Experience yang membolehkan tetamu menikmati waktu petang dalam suasana yang masih membawa tema dan dunia karakter Sanrio.

Jadi, selepas bersantai di bilik atau menghabiskan masa menikmati kemudahan hotel, anak-anak boleh diajak menikmati hidangan petang bersama keluarga. Bagi mereka, ia mungkin menjadi satu lagi pengalaman yang menyeronokkan untuk melengkapkan staycation.

Lebih menarik, pengalaman ini bukan hanya untuk kanak-kanak.

Image from: Cuti Sekolah Ogos Ini, Jomlah Bawa Anak Menginap Bersama Hello Kitty, Kuromi & Cinnamoroll

Hello Kitty misalnya sudah menjadi karakter ikonik yang membesar bersama beberapa generasi, sementara Kuromi dan Cinnamoroll pula mempunyai peminatnya sendiri, termasuk golongan remaja dan orang dewasa.

Jadi, kalau anda sendiri seorang peminat Sanrio, tiada salahnya menjadikan pengalaman ini sebagai hadiah untuk diri sendiri. Atau mungkin anda mempunyai sahabat baik, adik-beradik atau insan tersayang yang cukup meminati karakter-karakter ini.

Bukankah lebih menarik menghadiahkan mereka sebuah pengalaman yang boleh dikenang berbanding sekadar membeli sesuatu yang mungkin akan dilupakan?

Bagi yang mahu membawa pulang ‘buah tangan’ sebagai kenangan, hotel turut menyediakan barangan rasmi Sanrio yang boleh dibeli. Antaranya ialah jubah mandi, tuala, kelengkapan mandian, alat tulis serta set minum teh seperti teko, cawan dan piring.

Image from: Cuti Sekolah Ogos Ini, Jomlah Bawa Anak Menginap Bersama Hello Kitty, Kuromi & Cinnamoroll

Apa yang menjadikan pengalaman ini lebih istimewa ialah bagaimana karakter-karakter Sanrio yang begitu sinonim dengan dunia imaginasi dan keceriaan digabungkan dengan identiti Peranakan Iconic Marjorie Penang.

Hotel ini sendiri diinspirasikan oleh warisan Baba-Nyonya dan semangat masyarakat berbilang budaya Pulau Pinang. Maka, pengalaman menginap di bilik Sanrio ini hadir dengan sesuatu yang lebih daripada sekadar dekorasi bertemakan karakter.

Ia adalah pertemuan antara dua budaya dan dua dunia yang berbeza, diterjemahkan menerusi ruang penginapan, reka bentuk, pengalaman menjamu selera dan suasana keseluruhan hotel.

Image from: Cuti Sekolah Ogos Ini, Jomlah Bawa Anak Menginap Bersama Hello Kitty, Kuromi & Cinnamoroll

Eh! Jangan risau kalau anda tidak sempat merancang ke sini ketika cuti sekolah Ogos ini. Ini kerana bilik-bilik Sanrio bertemakan Hello Kitty, Kuromi dan Cinnamoroll ini tersedia untuk tempoh dua tahun. 

Maknanya, masih banyak masa untuk merancang percutian istimewa bersama keluarga atau mencari tarikh yang paling sesuai untuk berikan kejutan kepada yang tersayang. Sempat lagi kumpul duit! Mungkin cuti sekolah kali ini, mungkin juga cuti hujung tahun. Atau mungkin sekadar hujung minggu apabila anda dan keluarga benar-benar memerlukan masa untuk berehat bersama.

Apa yang pasti, pengalaman seperti ini mungkin menjadi hadiah yang tidak mudah dilupakan, khususnya buat mereka yang membesar dengan karakter Sanrio dan masih menyimpan tempat istimewa untuk Hello Kitty, Kuromi atau Cinnamoroll di hati.

Image from: Cuti Sekolah Ogos Ini, Jomlah Bawa Anak Menginap Bersama Hello Kitty, Kuromi & Cinnamoroll

Kerana pada akhirnya, hadiah terbaik tidak semestinya sesuatu yang boleh dibalut dan diletakkan di atas meja.

Kadangkala, hadiah terbaik ialah pengalaman yang membuatkan seseorang tersenyum, teruja dan pulang dengan cerita untuk dikenang bersama.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.marriott.com/penmh - Getaran, 26 Julai 2026

Foto : Iconic Marjorie Hotel, Penang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved