Cuti tamat, aliran trafik perlahan menuju ibu negara petang ini

22 Feb 2026 • 6:28 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia dilaporkan bergerak perlahan petang ini berikutan orang ramai pulang selepas cuti panjang sempena perayaan Tahun Baharu Cina dan sambutan awal Ramadan.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, setakat 2.15 petang, keadaan cuaca baik tetapi peningkatan jumlah kenderaan ketara di laluan utama menyebabkan kesesakan dan kelewatan di beberapa lokasi.

Di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E1, trafik arah utara bergerak perlahan dari Gopeng ke Tapah manakala di PLUS E2, aliran perlahan dikesan di Pedas Linggi ke Simpang Ampat dan Ayer Itam ke Sedenak akibat kemalangan.

Aliran trafik juga perlahan di Bandar Ainsdale menghala Persimpangan Nilai Utara dan Bangi ke Kajang, serta di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari Bentong ke Lentang dan Bukit Tinggi menghala Plaza Tol Gombak.

Bagaimanapun, aliran trafik dilaporkan lancar di LPT1, LPT2 dan WCE.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini 24 jam melalui talian 1-800-88-7752 serta laman X @plustrafik dan @llmtrafik.