KL Lengang, Ramai Mengakui Sampai Tempat Kerja Cepat

16 Feb 2026 • 2:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

Kuala Lumpur lengang!

image is not available

Suasana ibu kota pada hari ini nampaknya cukup tenang berbanding hari-hari biasa.

Ini kerana hampir semua  jalan utama di Kuala Lumpur yang padat dengan kenderaan berbeza, hari ini memandangkan hampir semua jalan cukup lengang manakala aliran trafik berjalan lancar.

Seorang pengguna Facebook, Syuhada mengakui dia berasa lega kerana biasanya untuk ke tempat kerja, dia mengambil masa dalam sejam.

"Namun hari ini cukup berbeza, KL lengang. Dapatlah sampai ke pejabat dalam masa 15 minit," katanya.

Malah, seorang lagi pengguna media sosial turut senada dengan Syuhada.

"Bestnya kalau hari-hari macam ni, tak perlu buang masa dalam jammed. Rupanya baru tahu nak ke tempat kerja cuma 10 minit je," ujarnya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan orang ramai pulang ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baharu Cina, selain persiapan awal menjelang Ramadan, dua hari lepas.

Pemerhatian aliran trafik menunjukkan peningkatan mula dirasai sejak beberapa hari lalu, khususnya pada waktu petang dan malam, apabila warga kota mengambil peluang keluar lebih awal bagi mengelakkan kesesakan teruk pada saat akhir.

Selain cuti perayaan, faktor persiapan awal Ramadan turut menyumbang kepada peningkatan pergerakan, termasuk aktiviti membeli-belah, urusan keluarga serta perjalanan pulang awal ke kampung halaman bagi mereka yang bekerja di bandar.

LLM sebelum ini menjangkakan aliran trafik meningkat dengan 3.27 juta kenderaan menggunakan lebuh raya utama seluruh negara sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

Peningkatan trafik dijangka bermula seawal hari ini khususnya bagi pergerakan kenderaan menuju ke arah utara, selatan dan Pantai Timur.

Katanya, jumlah trafik yang menggunakan lebuh raya utama dan

lebuh raya sambungan ke lebuh raya utama mampu mencapai 3.27 juta kenderaan pada hari puncak sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada Selasa dan Rabu depan.

Berdasarkan unjuran trafik, lebuh raya di bawah Kumpulan PLUS mencatatkan anggaran tertinggi dengan 2.2 juta kenderaan, diikuti Lebuhraya KL - Karak dengan 210,000 kenderaan.