D-Ledger bantu wanita jalankan perniagaan digital: James

14 Jun 2023 • 3:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sistem Aplikasi D-Ledger mampu membantu golongan wanita di Sabah untuk menjalankan perniagaan secara digital dan lebih efisien.

Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, sistem aplikasi D-Ledger membolehkan rekod transaksi, pendapatan dan perbelanjaan serta beberapa urus niaga perniagaan dikendalikan secara digital.

“Gelombang digital mencapai skala yang tidak pernah tercapai sebelum ini dan mengubah gaya hidup masyarakat di seluruh dunia.

“Jika kita lihat 10 tahun yang lalu, sudah begitu banyak perubahan dari pelbagai aspek sama ada cara kita berinteraksi antara satu sama lain, cara kita belajar, berurus niaga malah cara kita memantau kesihatan diri, hasil dari sentuhan teknologi yang pesat berkembang.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Justeru, Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa) mengambil usaha untuk membangunkan sistem aplikasi D-Ledger,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Sistem Aplikasi D-Ledger 2023 yang dihadiri 300 peserta kursus kemahiran dan usahawan wanita bimbingan Jhewa dari pelbagai daerah di Wisma Wanita, pada Isnin.

Adun Sugut itu berkata, selain kursus kemahiran, bantuan geran peralatan dan program promosi keusahawanan yang dilaksanakan oleh Jhewa, pembangunan sistem D-Ledger juga dilihat sebagai pencetus ke arah memperkasakan kaum wanita.

“Ini khusus kepada golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah yang baru mahupun yang telah lama berkecimpung dalam bidang keusahawanan agar dapat memantapkan kelancaran dan kecekapan operasi perniagaan,” tambah beliau.

Turut hadir, Pembantu Menteri KPMKR, Datuk Flovia Ng, Setiausaha Tetap KPMKR, Datuk Sr. Lee Chun Khiong, Timbalan Setiausaha Tetap KPMKR, Maria @ Marcella David Edick, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Jais Asri dan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah, Datuk Dr Hajah Tarsiah TZ Taman.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.