
Terkini, Huawei dilaporkan sedang mencari alternatif lain untuk gedung aplikasi selain Huawei AppGallery. Mereka dikatakan dalam perbincangan untuk menggunakan AppBazaar dari InduOS untuk pasaran India. AppBazaar mempunyai 400,000 aplikasi yang menyokong 12 bahasa tempatan, Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kannada, Malayalam, Marathi, Odia, Punjabi, Tamil, Telugu, dan Urdu. Penggunaan gedung aplikasi AppBazaar ini dikatakan akan digunakan pada peranti-peranti Huawei dan Honor di India. Tetapi turut masih dalam perbincangan untuk dikembangkan kepada pasaran global.
Disebabkan Huawei terpaksa mencari alternatif lain dengan gedung aplikasi lain, ini bermakna – Huawei AppGallery tidak beroperasi dengan baik. Ada kemungkinan adalah aplikasi yang terhad dan pembangun yang was-was untuk terbit aplikasi mereka ke syarikat China yang kerap berlaku isu menjual/meniris data pengguna.
