SK Hynix Akan Mula Mengilang Cip Storan Flash 128 Lapis Pada Suku Kedua Tahun Ini

TechnologyDigital
23 Apr 2020 • 4:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Wabak pandemik COVID-19 sedang membelenggu dunia dan menyebabkan banyak kilang menghadapi isu dimana mereka tidak boleh membangunkan peranti-peranti terbaru. Walaupun begitu, SK Hynix, syarikat pembangun cip memori dan storan terkenal akan memulakan cip terbaru mereka tidak lama lagi.

Mereka akan mula membangunkan cip storan 128 lapis mereka pada suku kedua tahun ini untuk storan SSD yang menggunakan cip TLC dan QLC yang digunakan untuk pembinaan memori dan juga storan peranti.

Ini bermakna SK Hynix akan mula beralih daripada pengilangan cip flash 96 lapis ke 128 lapis yang mempunyai kepadatan dan kapasiti yang lebih tinggi sebelum ini.

Pengumuman ini dibuat selepas pembentangan untuk pelabur syarikat dimana mereka mencatatkan keuntungan bersih sebanyak $526 juta.

Menariknya, ini bermaksud bahawa pembuat-pembuat peranti tidak perlu risau akan kekurangan cip memori dan storan berkapasiti tinggi untuk masa yang terdekat ini, dimana mereka boleh mula membangunkan peranti-peranti baru untuk tahun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved