
Pendakwah selebriti, Da’i Syed telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang wanita di sebuah kondominium pada lima tahun lepas.
Menurut laporan Kosmo Online, Hakim Norazlin Othman menjatuhkan hukuman tersebut setelah mendapati Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan.
Usai hukuman dijatuhkan, suasana mahkamah menjadi pilu apabila ahli keluarga yang hadir menangis teresak-esak selepas keputusan tersebut dijatuhkan.
Isteri Da’i Syed, personaliti TV Hana Ismail yang juga baru sahaja melahirkan anak sulung meluru ke suaminya untuk memeluk dan menenangkannya.
Terdahulu, Syed telah didakwa atas pertuduhan merogol wanita berusia23 tahun ketika tarikh kejadian di dalam bilik sebuah kondominium di I-city, Seksyen 7 kira-kira pukul 1.35 malam, 11 September 2019.
Syed telah diperuntukkan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo Online



