Da’i Syed Ke Penjara Kajang, Mahkamah Tolak Rayuan Tangguh Hukuman

Entertainment
30 Aug 2024 • 4:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini terdapat sebuah kes gempar di mana pendakwah bebas Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful atau lebih dikenali Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara.

Pendakwah yang juga seorang personaliti internet itu difahamkan akan dihantar ke Penjara Kajang bermula hari ini untuk menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan.

Menurut laporan Astro AWANI, Hakim Norazlin Othman menolak permohonan Syed Shah Iqmal untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan tersebut.

“Permohonan untuk menangguhkan hukuman adalah ditolak kerana tiada keadaan khas yang membuktikan rayuan ke Mahkamah Tinggi adalah automatik untuk menangguhkan hukuman dan begitu juga merit dalam rayuan tersebut,” katanya.

image is not available

Selepas mahkamah mengumumkan keputusan, isteri kepada Da’i Syed Shah Iqmal, Nurulhana Ismail dilihat memeluk dan menenangkan suaminya yang menangis selepas mendengar keputusan tersebut.

Ahli keluarga turut membawa bayi perempuan pasangan itu yang berusia 16 hari untuk berjumpa Syed Shah Iqmal sebelum dibawa ke Penjara Kajang.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.