Da’i Syed menangis kekal bersalah merogol, kembali ke Penjara Kajang selepas setahun empat bulan. Hana Ismail bertawakal

LocalPolitics
23 Jan 2026 • 12:51 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PENDAKWAH selebriti,  Da’i Syed kembali ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun termasuk tiga sebatan atas kes merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.

Memetik Sinar Harian, Hakim, Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas menolak rayuan Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, untuk mengetepikan sabitan dan penangguhan hukuman tersebut.

“Keterangan tertuduh bersifat penafian semata-mata dan tiada alasan khas bagi menangguhkan hukuman itu.

"Ia merupakan kesalahan yang serius dan sabitan serta hukuman dikenakan sebelum ini adalah selamat, justeru hukuman penjara itu bermula hari ini," kata hakim.

image is not available

Difahamkan, Da’i Syed dilihat mengalirkan air mata di dalam kandang tertuduh sejurus keputusan dibacakan.

Lapor mStar, isteri Dai Syed, Hana Ismail yang turut hadir mengakui menyerahkan segala urusan kepada peguam.

"Tiada komen, insya-ALLAH saya kuat dan ALLAH akan urus serta permudahkan segala urusan.

"Saya serahkan semuanya kepada peguam dan hanya berdoa kepada ALLAH sahaja. Insya-ALLAH saya bertawakal," kongsinya.

Terdahulu,  dia dilepaskan sementara bermula pada 20 September 2024 sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.