Tindakan Hana Ismail Padam Gambar Bersama Da’i Syed Undang Perhatian Ramai

EntertainmentLifestyle
27 Jan 2026 • 10:02 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama Hana Ismail sekali lagi menjadi bualan hangat warganet selepas dia dipercayai memadam atau mengarkibkan semua gambar bersama suaminya, Da’i Syed, di media sosial.

Tindakan itu segera mencetuskan pelbagai reaksi, dengan ada netizen meluahkan rasa simpati dan beranggapan langkah tersebut mungkin mencerminkan satu bentuk kesedaran atau refleksi diri selepas melalui fasa kehidupan yang mencabar.

Netizen imbas semula kejadian lama

image is not available

Ramai warganet turut mengimbas kembali fasa awal pendedahan kes melibatkan Da’i Syed, apabila beberapa individu tampil dengan dakwaan bahawa pendakwah itu pernah berkelakuan tidak wajar dan berkomunikasi secara tidak senonoh dengan wanita.

Ketika itu, ada yang berpendapat Hana sepatutnya menolak dan menjauhkan diri lebih awal, namun tidak kurang juga yang memahami situasinya sebagai seorang isteri yang berada dalam dilema besar, melibatkan emosi, kepercayaan dan ikatan perkahwinan.

Keputusan kes Da’i Syed 

Untuk rekod, kes melibatkan Da’i Syed telah melalui proses perundangan yang panjang. Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita, dengan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan.

Susulan keputusan itu, Da’i Syed kini menjalani hukuman penjara, manakala setiap perkembangan berkaitan Hana Ismail terus menjadi perhatian warganet.

Pssttt! Dalam apa jua ujian hidup, kesihatan emosi dan keselamatan diri harus diutamakan. Setiap individu berhak membuat pilihan terbaik demi ketenangan dan masa depan mereka sendiri.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Tindakan Hana Ismail Padam Gambar Bersama Da’i Syed Undang Perhatian Ramai appeared first on Oh! Media.