Da’i Syed tarik balik rayuan perintah bela diri bagi tuduhan perkosa wanita

3 Jul 2024 • 8:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah selebriti, Da’i Syed tarik balik rayuan perintah bela diri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi pertuduhan memperkosa seorang wanita kira-kira lima tahun lalu.

Dilepas dan dibebaskan

Memetik laporan dari bernama, peguam kepada pemilik nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 29 iaitu Johan Radzi memaklumkan yang anak guamnya tidak mahu meneruskan rayuan dan ingin tarik balik rayuan tersebut.

“Perayu sebelum ini telah merayu keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan perayu daripada pertuduhan merogol,”

“Perayu sudah membela diri atas pertuduhan berkenaan dan keputusan di akhir kes pembelaan ditetapkan pada Ogos ini. Rayuan perayu kini bersifat akademik,” kata peguam itu yang memaklumkan bagi pihak peguam utama perayu Syed Amirul Syed Edros, yang tidak dapat hadir pada prosiding hari ini kerana hal kecemasan.

image is not available

Da’i Syed tarik balik rayuan perintah bela diri, rayuan tidak lagi kompeten

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Aznee Salmie Ahmad berkata, rayuan Syed Shah Iqmal tidak lagi kompeten, berikutan perayu sudah membela diri.

Pada prosiding itu, Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk S M Komathy Suppiah, membatalkan rayuan berkenaan.

image is not available

Tarik balik rayuan perintah bela diri atas tuduhan berogol 5 tahun lalu

Pada 10 April tahun lepas, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal, 28, daripada pertuduhan merogol selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 1.35 malam, pada 11 Sept 2019.

image is not available

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.