Dadah: 5 lelaki ditahan di Keningau

25 Jul 2025 • 5:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KENINGAU: Polis menahan lima lelaki atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Operasi Tapis dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau yang dijalankan di Kampung Toboh Baru pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Keningau Supritendan Yampil Anak Garai berkata kesemua suspek ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Senjata Api 1960.

“Salah seorang daripada mereka ditahan di bawah Seksyen 12(3) ADB 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 selepas didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 1.50 gram.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Selain itu lelaki sama turut didapati tujuh butir peluru hidup serta satu laras senapang buatan sendiri jenis ‘bakakuk’,” katanya dalam kenyataan media.

Mengulas lanjut Yampil menyatakan seorang lagi suspek ditahan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 kerana memiliki syabu seberat 0.19 gram.

Menurut beliau tiga lagi lelaki didapati positif dadah menerusi ujian saringan air kencing dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sementara itu Yampil memaklumkan pihak polis akan terus menjalankan operasi secara agresif bagi membanteras jenayah khususnya penyalahgunaan dadah di daerah terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved