Dadah: Dua ditahan di Penampang

23 Feb 2024 • 2:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki memiliki dadah bernilai RM2,150 dalam operasi berasingan di Pekan Donggongon, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton dalam kenyataan, di sini, Khamis, berkata tangkapan pertama dibuat pada 16 Feb lepas membabitkan seorang lelaki berusia 20an yang ditemui bersama 5.20 gram disyaki syabu bernilai RM1,050.

Tangkapan kedua pada 20 Feb membabitkan seorang lelaki berusia 40an yang ditemukan bersama 5.42gram dadah disyaki syabu bernilai RM1,100.

Kedua-dua lelaki itu didapati positif dadah jenis methamphetamine.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more * Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.