Dadah ‘Zombi’ Dipercayai Sudah Masuk Malaysia

26 Mar 2025 • 1:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dadah ‘Zombi’ Dipercayai Sudah Masuk Malaysia

BANGI — Penggunaan dadah ‘zombi’ atau fentanyl dipercayai telah berada di Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pada hari ini.

Katanya, hasil analisis sampel air kumbahan di Lembah Subang mengesan kehadiran dadah jenis methamphetamine dan ‘zombi’ (fentanyl).

Pengesanan ini adalah hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Ini menunjukkan kemungkinan kewujudan makmal memproses dadah di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Kerjasama Strategik untuk Aktiviti Pendidikan dan Penyelidikan dalam Sains Forensik antara PDRM dan UKM.

Berita lanjut menyusul