Polis Kesan ‘Dad*h Zombie’ Di Malaysia, Dikatakan 100 Kali Lebih Kuat Dari M*rfin

LocalPolitics
26 Mar 2025 • 5:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah ‘dadah zombie’ yang dikenali sebagai fentanyl telah dikesan berada dalam pasaran negara ini, ia dikatakan 100 kali lebih kuat daripada dadah jenis morfin.

Ia susulan dengan penemuan sampel analisis air kumbahan di Lembah Subang berjaya mengesan kehadiran Methamphetamine dan Fentanyl.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dadah jenis itu memang sudah berada di dalam negara ini yang mana sebelum ini dikesan di Lembah Klang malah sekarang sudah berada di Johor.

“Penemuan ini hasil jalinan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) melalui usahasama strategik bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dilancarkan secara rasmi pada 21 Oktober 2022. Usahasama ini adalah langkah pertama dilaksanakan di peringkat nasional, malah juga di peringkat antarabangsa.”

Jelas beliau, fokus utama inisiatif itu adalah untuk menjalankan penyelidikan saintifik bahan-bahan terlarang termasuklah dadah psikoaktif baharu ataupun New Psychoactive Substances (NPS), bahkan usaha penghasilan dadah secara haram di dalam negara.

image is not available

“Dalam konteks ini kita jalin kerjasama dengan UKM bagi memastikan kita menggunakan pendekatan dari segi penguatkuasaan dan penyelidikan terutama apabila kesan dadah baharu di pasaran dan sama ada dadah dibawa masuk dari luar atau negara bersempadan dengan Malaysia.

“Malah hasil analisis air kumbahan di Lembah Subang itu berjaya mengesan kehadiran Methamphetamine dan Fentanyl, menunjukkan kemungkinan kewujudan makmal memproses dadah di kawasan terbabit.”

Tambah beliau lagi, analisis ini pada peringkat awal dan pihaknya telahpun kenal pasti taman perumahan yang terbabit, pihak JSJN bakal membuat risikan sebelum memulakan operasi mereka.

“Ia banyak membantu kita kerana sebelum ini JSJN tidak ada kawasan target (sasaran) namun apabila dikesan air kumbahan mengandungi dadah itu, kemungkinan ada makmal di sana dan operasi dapat dijalankan.

“Malah dari sampel air kencing yang dianalisa turut menemui 57 jenis dadah.”

Jelasnya lagi, selain di peringkat nasional, polis juga kini sedang bekerjasama di peringkat antarabangsa bagi melakukan kajian saintifik berkenaan dengan bahan terlarang termasuklah dadah NPS.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.