‘Daddy’ pesan buat orang Melaka, BN parti menjamin masa depan anak muda – Yana Najib

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 9:18 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berharap pengundi muda di Melaka memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Image from: ‘Daddy’ pesan buat orang Melaka, BN parti menjamin masa depan anak muda – Yana Najib

Menurut anaknya, Nooryana Najwa, yang lebih dikenali sebagai Yana Najib, berkata bapanya berpandangan BN mampu menjamin masa depan golongan muda. Katanya, itulah mesej umum yang mahu disampaikan Najib kepada rakyat Melaka menjelang pengundian.

“Tiada pesanan khusus, tetapi beliau mahu menyampaikan kepada rakyat Melaka bahawa BN adalah parti terbaik untuk menjamin masa depan golongan muda,” katanya ketika ditemui media pada Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Asahan.

Yana turut berkongsi bahawa bapanya sentiasa mengharapkan kemenangan BN. Menurutnya, Najib juga kerap berpesan kepadanya dan abang-abangnya supaya turun padang membantu rakyat.

“Datuk Seri Najib sentiasa mengharapkan kemenangan Barisan Nasional (BN). Beliau seorang yang sangat mementingkan parti.
“Beliau tahu pengorbanan dalam politik dan sentiasa menasihati saya serta abang-abang supaya turun padang membantu rakyat.” tambahnya lagi.

Image from: ‘Daddy’ pesan buat orang Melaka, BN parti menjamin masa depan anak muda – Yana Najib

Terdahulu, Najib Razak dipindahkan dari Penjara Kajang ke kediamannya di Taman Duta bagi menjalani baki hukuman penjaranya melalui tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aslam Zainuddin, mengeluarkan perintah pelepasan baharu selaras perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Sumber: Berita Harian (Fareez Azman)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved