Tok Mat tegur pemimpin politik! Jangan jadikan isu tahanan rumah Najib modal raih undi

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 9:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan isu tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengampunan adalah hak mutlak YDP Agong

Memetik laporan daripada Harian Metro, beliau menyatakan tindakan mengheret rakyat untuk berkempen menggunakan isu berkenaan tidak sepatutnya dilakukan mana-mana pemimpin politik, khususnya mereka yang memegang jawatan menteri.

“Pengampunan adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Apa juga pandangan kita, hak mutlak Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipersoalkan.
“Perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi, jika kita mempersoalkannya, jelas kita mempersoalkan Perlembagaan negara.
“Sebagai menteri, kita harus menghormati Perlembagaan kerana itulah asas dan teras negara. Jangan kita menggugat teras negara kerana tindakan sedemikian boleh merosakkan negara,” katanya.

Image from: Tok Mat tegur pemimpin politik! Jangan jadikan isu tahanan rumah Najib modal raih undi

Jangan guna cara seperti itu untuk berkempen

Kenyataan itu dibuat ketika mengulas gesaan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, supaya pengundi Melaka yang tidak berpuas hati dengan keputusan berhubung tahanan rumah Najib menyuarakan pandangan mereka menerusi peti undi.

Mengulas lanjut, Mohamad menegaskan setiap pemimpin perlu memahami batas perkara yang boleh dibangkitkan dan tidak menggunakan isu berkenaan sebagai modal berkempen.

“Jadi, jangan jadikan perkara itu sebagai cara untuk berkempen. Kita mesti tahu batas perkara yang boleh disentuh dan yang tidak boleh.
“Pengampunan itu hak mutlak. Sesiapa pun boleh memberikan pandangan, tetapi kita tidak boleh mempersoalkan hak mutlak Raja-Raja Melayu.
“Perkara itu sudah termaktub dalam Perlembagaan. Saya berharap isu tahanan rumah Datuk Seri Najib ini tidak dijadikan bahan kempen. Beliau bukan dibebaskan, sebaliknya rumah itu adalah penjara yang sudah diwartakan,” katanya.

Image from: Tok Mat tegur pemimpin politik! Jangan jadikan isu tahanan rumah Najib modal raih undi

Beliau berkata demikian selepas beramah mesra dengan masyarakat Durian Tunggal, di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian (Fareez Azman)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved