Daftar 10 Kelab Bola Sepak Paling ‘Boros’ Berbelanja Jendela Perpindahan Kali Ini

Football
3 Sep 2025 • 11:37 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Daftar 10 Kelab Bola Sepak Paling ‘Boros’ Berbelanja Jendela Perpindahan Kali Ini

Seperti yang diketahui, jendela perpindahan musim panas 2025 melabuhkan tirainya pada 2 September, semalam.

Dengan berakhirnya jendela perpindahan ini, ia menandakan permulaan baharu kelab bola sepak dalam membentuk semula pasukan termasuk mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan pemain.

Bercakap mengenai perkara ini, pasti ramai di antara kita khsususnya peminat bola sepak tertanya-tanya pasukan manakah yang paling banyak membelanjakan wang.

Lebih-lebih lagi, pelbagai saga antara pemain dan kelab berlaku sepanjang jendela perpindahan.

Sehubungan itu, SK akan kongsikan senarai 10 kelab bola sepak dengan jumlah perbelanjaan tertinggi semasa transfer kali ini

10 Kelab Bola Sepak Paling Boros

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool merekodkan perbelanjaan tertinggi pada musim ini dengan jumlah £446.5 juta, sekali gus memegang selaku pasukan bola sepak tertinggi berbelanja sejak tahun 2016.

Di tempat ke-2, Chelsea dengan jumlah £296.5 juta, diikuti jaguh nombor 2 EPL, Arsenal dengan nilai £267 juta.

Sementara itu, Newcastle United pula merekodkan nilai perbelanjaan mencecah £256.3 juta, menjadikan pasukan itu di tangga ke-4 tertinggi.

Manakala pasukan adik-beradik, Manchester United dan Manchester City pula masing-masing merekodkan nilai perbelanjaan sebanyak £232.4 juta dan £185.8 juta.

Di tempat ke-7 pula adalah pendatang baharu EPL, Sunderland dengan nilai £183.4 juta. Selain itu, di kedudukan ke-8 pula adalah Nottingham Forest dengan nilai £182.5 juta.

Selain itu kedudukan ke-9 dan ke-10 adalah Tottenham Hotspurs dan Bournemouth masing-masing sebanyak £171.2 juta dan £136.7 juta.

Berikut senarai jumlah perbelanjaan kelab dari EPL

image is not available
Gambar: SkySports

Jendela perpindahan kali ini menyaksikan pasukan dari EPL mencatatkan nilai perbelanjaan bernilai £3.19 bilion.

Sumber: SkySports