Daging Black Pepper Satu Senduk RM8 Buat Netizen Panas Hati

23 Aug 2023 • 2:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Daging black pepper harga kayangan dengan sekali senduk

Daging Black Pepper Satu Senduk RM8, Buat Netizen Panas Hati. Baru-baru ini, satu hantaran dimuat naik di laman Facebook ‘Info Lalu Lintas Sabah’ telah meraih perhatian ramai mengenai harga makanan yang tidak masuk akal.

Menerusi perkongsian di Facebook itu menyatakan bahawa harga daging black pepper berharga RM8, namun boleh senduk sekali sahaja.

Dengan sekali senduk, tak dapat daging sepenuhnya

Menjengah ke ruangan komen pula, pelbagai reaksi daripada netizen dan mengatakan dengan sekali senduk itu bukannya dapat daging, malah kayu manis, kuah dan cengkih sahaja di dalamnya.

image is not available
Sumber: facebook

“Sekali senduk bukan dapat dagingnya, segala kayu manis, bunya lawang atau cengkih dan kuah sahaja, dahlah harga RM8,” ujar salah seorang pengguna Facebook dengan kesal.

Ada yang nak bawa senduk sendiri

Bukan itu sahaja, ramai juga yang berseloroh yang mengatakan mahu membawa senduk sendiri dari rumah supaya dapat mengambil daging dengan banyak dan puas hati.

“Okay nanti saya bawa dari rumah, senduk yang untuk kaut nasi tu,” kata seorang netizen sambil berseloroh.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut berseloroh mengenai ejaan yang ditulis pada kertas tersebut, iaitu ‘Black Paper’ yang sepatutnya ejaan betul adalah ‘Black Pepper’.

image is not available
Sumber: facebook

image is not available
Sumber: facebook

Baca juga artikel yang berkaitan: