
Nama usahawan media sosial, Jofliam sekali lagi menjadi bualan apabila hantaran terbaharunya di Instagram mengundang sindiran ramai.
Ini selepas Jofliam memuat naik beberapa keping foto yang didakwa netizen kelihatan seperti telah disunting secara berlebihan. Malah, ada yang menyamakan hasil suntingan tersebut seolah-olah tidak seimbang dan mengundang rasa geli hati.

Tidak kurang juga yang meninggalkan komen sinis di Threads dengan menyatakan bahawa gambar berkenaan langsung tidak menyerlahkan imej sebenar, sebaliknya menimbulkan tanda tanya sama ada Jofliam terlalu obses menjaga penampilan di media sosial.

Hantaran itu bagaimanapun terus tular dengan pelbagai reaksi bercampur-baur, sekali gus menambah senarai panjang kontroversi yang sering dikaitkan dengan figura ini.
Reviu Teruk Pizza Wagyu Jofliam Sampai Ke TrueCaller? - "Dia Guna Daging Murah, Bukan Daging Wagyu"
The post Dagu Jadi Runcing, Netizen Dakwa Jofliam Sunting Foto Berlebihan – “Dulu Mengata Bekas Bini Guna Filter” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
