”Dah 2 Tahun Saya Biarkan…” – Abby Abadi Dedah Kisah Hidup Marissa Dania Untuk Selamatkan Dari Hubungan Toksik

LocalFamily & Parenting
27 Aug 2025 • 9:59 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia marissa Abby

Pelakon dan usahawan terkenal, Abby Abadi akhirnya tampil menjelaskan sebab dia berkongsi kisah peribadi membabitkan anak perempuannya, Marissa Dania.

Menerusi Threads, Abby berkata yang sudah selama dua tahun dia membiarkan anaknya membuat pilihan sendiri dalam hubungan, namun sebagai seorang ibu, hatinya tidak lagi mampu melihat anak terus terjebak dalam keadaan yang dianggap toksik.

Saya biarkan anak merasa sendiri pahit manis jalan yang dipilih. Tapi bila saya update, itu sebab nak selamatkan anak dari hubungan toksik.

“Berkongsi bukan untuk dikeji” – Abby Abadi

image is not available

Abby turut menegaskan perkongsian yang dibuatnya itu hanya melibatkan dia dan anaknya sahaja, tanpa kaitan dengan mana-mana pihak lain.

Katanya, apa yang dimahukan hanyalah doa yang baik-baik untuk keluarganya, bukannya cacian.

Berkongsi bukan untuk dikeji, tapi untuk minta doa. Doakan supaya keadaan ini terlerai dan dihentikan segala caci maki.

Netizen doakan Abby terus kuat

image is not available

Perkongsian Abby itu turut mendapat perhatian ramai netizen yang memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar dia kekal tabah menghadapi ujian hidup.

Pssttt! Sebagai ibu bapa, kasih sayang kadang kala buat kita sanggup berkorban apa sahaja demi anak. Sentiasa doakan yang terbaik, kerana doa ibu itu tiada hijabnya.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.