Dah 20 Kali Aerotrain Rosak, Kali Ini Sebab Masalah Sistem Bekalan Kuasa

LocalTechnology
29 Oct 2025 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Malaysia Airports Holdings Berhad mengesahkan masalah pada sistem bekalan kuasa telah dikenal pasti sebagai punca gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi, semalam.

Difahamkan, gangguan ini berpunca daripada masalah pada sistem bekalan kuasa di bawah tanggungjawab kontraktor IJM-PESTEC Joint Venture.

Gangguan sama turut berlaku pada 15 Oktober lepas disebabkan oleh isu sistem yang sama.

image is not available

Alstom selaku peneraju projek Aerotrain bersama IPJV dijangka akan mengemukakan laporan terperinci dan penjelasan berhubung kedua-dua insiden tersebut.

Malaysia Airports terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat bagi memastikan tindakan pembetulan dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan.

Sehubungan itu, MAHB memberi jaminan bahawa operasi di KLIA kekal lancar sepanjang tempoh kritikal ini walaupun berlaku gangguan perkhidmatan Aerotrain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved