‘Dah 2026 pun kena panjat batu cari line’

LocalTechnology
22 Aug 2026 • 8:55 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Dah 2026 pun kena panjat batu cari line’

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli Kampung Ladoi, Pos Hau di sini tiada pilihan lain apabila terpaksa mendaki bukit di kawasan tersebut untuk mendapatkan talian telefon dan capaian internet yang lebih stabil.

Ketiadaan kemudahan capaian internet yang baik dan jalan yang rosak menyebabkan lebih 200 penduduk berdepan kesukaran terutama ketika berlaku kecemasan.

Pembantu Am Kebajikan Perubatan (PAKP) lantikan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), A­nuar Along, 41, berkata, masalah capaian telefon bukan sahaja menyukar urusan ha­rian, tetapi menjadi kritikal apabila penduduk perlu mendapatkan bantuan perubatan kecemasan.

Katanya, dia yang bekerja sebagai PAKP atau porter terpaksa menunggang motosikal kira-kira 20 minit untuk mendaki bukit bagi mendapatkan talian telefon sebelum boleh menghubungi pihak berkaitan.

“Saya bekerja sebagai porter dan apabila perlu memohon kenderaan untuk membawa pesakit atau mendapatkan perkhid­matan pemindahan perubatan (Medevac), saya terpaksa naik ke atas bukit untuk dapatkan talian.

“Perjalanan naik motor ambil masa kira-kira 20 minit. Kalau keadaan pesakit kritikal, memang membimbangkan kerana kita perlu cari liputan talian dahulu sebelum boleh buat panggilan,” katanya

Katanya, keadaan jalan tanah yang kurang baik turut mening­katkan risiko kepada pelajar terutama ketika berulang-alik ke sekolah ketika hujan.

Seorang lagi penduduk, Anor Aznan, 46, berkata, penduduk amat memerlukan kemudahan jalan yang lebih baik selain capaian internet, talian telefon dan lampu solar. -KOSMO! ONLINE

The post ‘Dah 2026 pun kena panjat batu cari line’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved