“Dah Ada Calon Ke?” – Song Jihyo Kian Sensitif Disoal Isu Perkahwinan Kini?

Music
30 Jan 2024 • 10:42 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Semakin meningkat usia seseorang, sudah pastinya semakin ramai yang akan bertanya mengenai soal pasangan hidup.

Dalam episod terbaru “Running Man”, para ahli telah menyambut kepulangan Ji Suk-jin yang berehat selama 5 minggu sebelum ini kerana masalah kesihatan. Mereka turut menyemak keadaan badan masing-masing selain menilik nasib untuk tahun 2024.

Semasa sedang bersedia untuk segmen menilik nasib, para ahli telah berbual seketika dan ada yang menyebut mengenai ahli yang dah berkahwin. Malah Song Ji-hyo juga sempat mengusik Kim Jong-kook, namun lelaki itu membalasnya,

Bukan saya saja, awak pun tak kahwin lagi. Kenapa usik saya..

Wanita itu kemudiannya menumbuk perlahan lengan Kim Jong-kook dan tak semena-mena degupan jantungnya mencecah lebih 100 selepas interaksi itu.

Selit Kim Jong-kook,

Tahu tak apa yang mengejutkan? Saya mengatakan kepadanya awak juga belum berkahwin dan degupan jantungnya terus menaik. Mesti dia rasa terkena.

Pelakon wanita tersebut terus bingkas bangun dan berkata,

Saya tak boleh duduk sebelah Kim Jong-kook.

Bukan itu sahaja, Song Ji-hyo turut tidak melepaskan peluang bertanya mengenai soal jodoh kepada penilik nasib itu namun terkesima apabila pakar tersebut menjelaskan agak sukar untuk seorang lelaki sahaja kekal bersamanya.

image is not available

Melihatkan episod terbaru itu, ramai yang tertanya-tanya mengapa Song Ji-hyo yang biasanya tak terkesan dengan soalan perkahwinan kelihatan mula tertarik dengannya.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.