“Dah ada patient 20 tahun diabetic type 2” – Doktor Luah Rasa Bimbang Kadar Kesihatan Orang Muda Kita

Entertainment
31 Jan 2024 • 3:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang doktor meluahkan rasa bimbangnya terhadap kadar kesihatan anak muda di Malaysia, Dr Irma menjelaskan bahawa kadar kesuburan rakyat Malaysia ini sangat rendah.

Malah, beliau juga mendedahkan pesakit kronik yang beliau runding kini semakin lama semakin muda umurnya. Menurutnya, ada pesakit yang berumur 20 tahun menghidap kencing manis tahap 2!

Dr Irma menjelaskan keadaan pesakit tersebut yang obesiti, memerlukan tahap insulin yang tinggi, malah ada juga pesakit yang dah kahwin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan anak.

“Ada yang datang 30 tahun, 50 tahun, strok! Literally strok! Tekanan darah sangat tinggi, obesiti, ya! Saya risau, dan kalau kita tengok content-content macam makanan sekarang, terutamanya kek tapak kuda orang berlumba-lumba isi paling banyak.”

Dalam pada itu, Dr Irma juga menjelaskan bahawa ada pesakit yang baru berumur 5 tahun ke 10 tahun yang berat badannya mencecah 50kg -60kg itu amatlah membimbangkan dirinya.

Sebagai seorang doktor yang pernah mempunyai berat badan yang tinggi dan kini telah berjaya mengurangkannya, Dr Irma begitu tegas dalam memperingati para pesakitnya bahawa kegemukan adalah salah satu punca masalah kesuburan.

Tambahnya, ramai pesakit mengakui bahawa punca kegemukan dan masalah kesihatan mereka adalah daripada pengaruh media sosial yang menunjukkan makanan-makanan yang menggiurkan.

Disebabkan itu, statistik mengenai peratusan memiliki anak mengikut umur itu menurutnya makin kurang relevan kerana semakin ramai obesiti dan golongan muda yang mempunyai penyakit kronik.

Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa Dr Irma tidak menafikan bahawa dirinya juga ada membeli makanan-makanan viral, tetapi ia haruslah berpada-pada.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.