“Dah Ada Putih” – Wanita Review Kek Coklat Moist ‘Premium’ RM39 Undang Perhatian Ramai [Video]

LocalFood
20 Mar 2025 • 11:05 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai kek coklat moist dijual oleh seorang pempengaruh atau influencer yang dikenali sebagai Fendy Mojo.

Apa yang menjadi perhatian adalah produk yang diberi nama Kek Hitam Premium dijual dengan harga RM39.

Harga jualan itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mengkritik ia terlalu mahal dan tidak kena dengan saiz kek tersebut.

Tidak melatah dengan kritikan yang dilemparkan, Fendy kemudiannya mengumumkan harga terbaharu kek coklat jualannya menjadi RM29. Namun, harga itu masih dianggap mahal oleh segelintir pihak.

Wanita Puji Kepantasan Servis Penghantaran

Terbaharu, seorang wanita telah berkongsikan pengalamannya membeli dan menikmati Kek Hitam Premium sewaktu harganya masih RM39.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @chamiebasir, wanita itu mendedahkan dia sememangnya merupakan peminat kek coklat moist.

Oleh sebab itu, dia tidak sabar untuk mencuba kek berkenaan dan melihat adakah ia berbaloi serta sepadan dengan harga walaupun harga jualan disifatkan agak mahal berbanding yang lain.

Melalui perkongsian itu, dia memuji servis penghantaran kek tersebut yang agak pantas. Jelasnya, dia telah membuat pesanan pada 16 Mac yang lalu dan kek sampai di rumahnya pada 17 Mac.

Bungkusan Kek Nampak Biasa & Tak Dibalut Dengan Elok Hingga Ada Kulat

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah bungkusan kek berkenaan yang dilihat agak biasa.

Lebih mengejutkan, terdapat tompok putih pada lapisan kek berkenaan sewaktu dia membuka bekas tersebut.

Dia mendakwa bekas tompok putih tersebut adalah kulat. Jelasnya lagi, dia ada membeli kek coklat dari jenama lain beberapa hari sebelum pembelian kek itu namun ia masih dalam keadaan elok dan tidak berkulat.

“Sebenarnya, saya ada beli satu kek coklat lain yang harga RM12. Saya beli awal daripada beli yang ini, belum berkulat pun kek tu.

“Yang ini, saya beli selepas (kek lain) tahu, dalam 2-3 hari selepas dan ini dah ada kulat. Amat mengecewakan, saya tak tahu bila dia buat kek ini,” katanya sambil membuang tompok putih pada kek berkenaan.

Malah, dia turut membuat perbandingan saiz kek berharga RM39 itu dengan kek lain berharga RM12 yang nampak lebih kurang sama.

Rasa Coklat Ganache Beri Rasa Premium Pada Kek Coklat

Wanita berkenaan kemudiannya menabur taburan coklat ganache yang didatangkan bersama Kek Hitam Premium itu.

Jelas wanita itu lagi, taburan coklat itulah yang sebenarnya memberi rasa ‘premium’ kepada kek tersebut namun dia berpendapat harga jualan kek itu masih agak mahal.

@chamiebasir

Kek hitam premium by Fendymojo. To me, it’s not worth it. #chamiebasir #moistchocolatecake #vlog

♬ original sound – Chamiebasir – Chamiebasir

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Minta Peniaga Refund, Ada Yang Turut Kongsi Kek Coklat Yang Berbaloi Dibeli

Video yang telah mendapat lebih tiga juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengkritik dan mahu peniaga kek berkenaan tampil memberi respon dan refund kepada wanita itu.

Tidak kurang ada juga yang turut mencadangkan kek coklat moist sedap yang boleh dibeli secara dalam talian.

Namun, ada juga yang menasihati wanita itu agar tidak menikmati hidangan sekiranya telah terdapat tompok putih atau kulat. Ini kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Sekadar info, keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Nak Tunggu Respon Fendy Mojo”

image is not available

“Sepatutnya Untuk Makanan Yang Di Postage Kena Seal Kedap Udara, Paling Pun Air Tight & Selotape Sekeliling”

image is not available

“Packaging Je Mahal Premium Lepas Tu Makanan Out”

image is not available

“Kek Family Corner Siap Coklat Ganache Tak Pernah Lagi Saya Beli Ada Berkulat Atau Rosak”

image is not available

“Ganti Rugi Je Fendy Mojo, Kesian Customer Yang Support, Dah La Mahal Tapi Kualiti Out”

image is not available

Source: