
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kehilangan orang tersayang khususnya ibu atau bapa sememangnya amat memeritkan. Sebagai anak, hilanglah sudah tempat bergantung dalam sekelip mata.
Walaupun telah menginjak dewasa, ada segelintir individu masih tidak dapat menerima kenyataan dan terperangkap dengan kenangan masa lalu.
Bagi insan yang kurang upaya pula, pastinya situasi sebegini menyebabkan kehidupan menjadi lebih sukar tanpa bantuan keluarga tersayang.
Individu Terjumpa ‘Budak Lelaki’ Tidur Di Dobi Dah Berbulan-Bulan
Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang individu terjumpa dengan seorang budak lelaki ketika pergi ke kedai dobi berhampiran rumahnya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh lelaki berkenaan di TikTok @mohammadhafiq7, individu yang dikenali sebagai Hafiq itu terpanggil untuk menegur budak lelaki berkenaan kerana selalu ternampak dia tidur sendirian di dobi tersebut.
Apa yang menjadi perhatian adalah budak lelaki itu rupanya-rupanya telah kematian ibu manakala bapa pula berada di penjara.
Malah, dia yang merupakan anak tunggal mendakwa telah tidur di dobi berkenaan selama berbulan-bulan dan tidak diuruskan oleh keluarga.
Lebih menyentuh hati, Hafiq mendakwa budak lelaki itu terus membeli makanan sebaik sahaja dia menghulurkan wang kepadanya.
“Dapat duit terus bangun keluar beli makan, kadang kadang kita rasa kita dah susah tapi ada yang lagi susah dari kita sampai tak ada tempat tinggal susah nak makan.
“Nak bersedekah jangan tunggu kaya tapi bersedekah la rezeki kita akan bertambah, jadi la manusia yang bermanfaat untuk sesama insan,” tulis Hafiq di ruangan kapsyen.
Ya Allah kesian nya dengar cerita adik ni, mak dah meninggal ayah kat dalam penjara, cerita sambil air mata mengalir , seminggu sekali pergi dobi selalu nampak dia tidur situ cuma tak ada kesempatan untuk borak kali ni baru dapat borak, macam mana keadaan dia lalui tak ada sesiapa peduli termasuk ahli keluarga yang lain kesian sangat, dapat duit terus bangun keluar beli makan, kadang kadang kita rasa kita dah susah tapi ada yang lagi susah dari kita sampai tak ada tempat tinggal susah nak makan, nak bersedekah jangan tunggu kaya tapi bersedekah la rezeki kita akan bertambah, jadi la manusia yang bermanfaat untuk sesama insan🤲🏼
Isu Dapat Perhatian JKM, JKM Hubungi Individu Untuk Dapatkan Info Lanjut
Kongsi Hafiq menerusi video berasingan, pihak Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) telahpun menghubunginya bagi mendapatkan info lanjut mengenai budak lelaki berkenaan.
Malah, Hafiq turut menzahirkan ucapan terima kasih atas bantuan orang ramai yang menularkan kisah budak lelaki itu.
Cerita Hafiq kepada BuzzKini, budak lelaki itu sebenarnya telah berusia 22 tahun dan merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).
Saya ucapkan terima sangat sangat kepada semua yang dah share dan viralkan video adik tu sampai ke pihak berwajib(jkm) semoga kita semua dalam keadaan baik baik dan sentiasa dalam lindungan Allah swt, bersedekah lah jangan tunggu kaya kerna bersedekah la kita akan kaya🤲🏼
Budak Lelaki OKU Rupanya Hilang Sejak Tahun 2024, Keluarga Memang Tengah Mencari
Disebabkan hantaran yang tular itu, ahli keluarga lelaki OKU itu terus menghubungi Hafiq bagi mendapatkan info terkini.
Cerita Hafiq menerusi hantaran berasingan, lelaki OKU yang dikenali sebagai Muqritz sebenarnya telah hilang sejak 21 Januari 2024. Difahamkan, dia telah keluar daripada rumah ketika dalam jagaan saudaranya atas sebab tertentu.
Ahli keluarganya juga ada membuka tabung bagi individu yang mahu menghulurkan sumbangan.
Walau bagaimanapun, lelaki OKU berkenaan masih tidak dapat ditemui sehingga kini.

Cuba ke dobi namun gagal dikesan
Malah, Hafiq menerusi hantaran terbaharunya mendedahkan, dia ada keluar mencari Muqritz di sekitar kawasan Gombak, Setapak, Danau dan Wangsa Maju sehingga jam enam pagi semalam bagi membantu ahli keluarganya berjumpa dengan lelaki OKU tersebut.
Saya tolong dengan niat baik kerana Allah taala, tak ada niat nak amik kesempatan sebab kesian dengan ahli keluarga dia dah lama mencari, kita sama sama mendoakan dia cepat dijumpai🤲🏼
Ramai Tersentuh & Mahu Hulur Bantuan
Video yang telah mendapat lebih 646,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang tersentuh dan hiba melihat keadaan lelaki OKU berkenaan.
Malah, ada yang menyuarakan hasrat mahu menghulurkan bantuan agar budak lelaki berkenaan dapat menjalani kehidupan seperti orang lain.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Ramai Tanya Lokasi Anak Ini Dekat Mana, Kalau Dah Ada Yang Tolong Dia, Pelase Update”

“Bang, Budak Ini Dekat Mana? Saya Hendak Ambil Dia Kerja Dengan Saya, Tempat Tinggal Saya Siap Sediakan”

“Tiba-Tiba Rasa Sedih, Budak Ini Duduk Dekat Mana? Kesian Dia Sebatang Kara, Tengok Dia Macam Adik Aku Je”

“Semoga Allah SWT Lindungi Adik Ini & Jauhkan Adik Dari Aktiviti Yang Memudaratkan Diri”

“Orang Fikir Ini Ujian Untuk Adik Ini, Tapi Anggap Ini Ujian Untuk Abang & Kita Semua Sebab Tidak Dapat Bantu Sesama Muslim”

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Anggota Polis Sumbang Bantuan Kepada Keluarga Susah Selepas Keluarkan Saman Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Sebelum Viral, Nak Dapat RM10 Sehari Pun Susah” – Tukang Kasut Kongsi Perjalanan Hidup Sebelum Kisahnya Tular
Source:

![“Layanan Tip-Top Tak Kira Bangsa” – Guru SJKC Sanggup Berpayung Bantu Murid Ketika Hujan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)

![Elok Ke Panaskan Makanan Dalam Microwave Guna Bekas Plastik? Ini Penjelasan Doktor [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)