“Dah Agak Mesti Ada Komen Badigol!” – Datin Intan Najuwa Berang Sikap Netizen Tuduh Dirinya Sambut Krismas

LocalEntertainment
24 Dec 2025 • 12:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Datin Intan Najuwa tampil mempertahankan diri selepas menerima kecaman segelintir netizen susulan tindakannya membawa keluarga pembantu rumahnya ke Kuala Lumpur sempena musim Krismas.

Menerusi satu hantaran di Threads, Intan Najuwa menjelaskan bahawa tindakannya itu tidak bermaksud dia menyambut perayaan Krismas, sebaliknya sekadar mahu membantu menyatukan keluarga pembantu rumahnya yang beragama Kristian.

Advertisement

image is not available

Dah agak mesti ada comment badigol. I TAK SAMBUT CHRISTMAS. My helper is Christian, so I flew her family to KL for them to celebrate Christmas together.

Menurutnya, niat asal hanyalah untuk memberi peluang kepada pembantu rumahnya bertemu semula dengan ahli keluarga yang sudah lama tidak berjumpa, bukan untuk turut serta meraikan perayaan tersebut.

Bukan nya aku sekali terkinja celebrate dengan diaorang sekali. Niat nak menyatukan keluarga yang dah lama tak berjumpa sahaja.

Perkongsian itu dibuat selepas beberapa netizen meninggalkan komen yang mempersoalkan tindakannya, malah ada yang mengaitkannya dengan isu akidah dan perayaan agama lain.

View this post on Instagram

image is not available

Bagaimanapun, ramai juga warganet tampil mempertahankan pempengaruh tersebut dengan menyifatkan perbuatannya sebagai satu bentuk keprihatinan dan kemanusiaan, selain menegaskan bahawa membantu orang lain tidak bermaksud seseorang itu melanggar pegangan agama sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-24 10:14:31

"Nak Jadi Hero, Kau Pun B*doh Bing*i Percaya Bulat-Bulat Scamm*r" - Iman Tang

The post “Dah Agak Mesti Ada Komen Badigol!” – Datin Intan Najuwa Berang Sikap Netizen Tuduh Dirinya Sambut Krismas first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.