Intan Najuwa Tampil Bersuara Lepas Dikecam Bawa Keluarga ‘Helper’ Ke KL Sambut Krismas

LocalFamily & Parenting
24 Dec 2025 • 12:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon, Datin Intan Najuwa tampil mempertahankan diri selepas menerima kecaman segelintir netizen susulan tindakannya membawa keluarga pembantu rumahnya ke Kuala Lumpur sempena musim Krismas.

Menerusi satu hantaran di Threads, Intan menjelaskan bahawa tindakannya langsung tidak bermaksud dia menyambut perayaan Krismas, sebaliknya atas dasar kemanusiaan untuk membantu pembantu rumahnya yang beragama Kristian.

Dah agak mesti ada comment badigol. I TAK SAMBUT CHRISTMAS. My helper is Christian, so I flew her family to KL for them to celebrate Christmas together.

“Bukannya aku sekali terkinja dengan diaorang” – Intan Najuwa

image is not available

Menurut Intan, niat asal hanyalah untuk menyatukan sebuah keluarga yang sudah lama terpisah, bukannya untuk turut serta meraikan perayaan tersebut.

Bukan nya aku sekali terkinja celebrate dengan diaorang sekali. Niat nak menyatukan keluarga yang dah lama tak berjumpa sahaja.

Perkongsian itu dibuat selepas beberapa netizen meninggalkan komen yang mempersoalkan tindakannya, malah ada yang mengaitkannya dengan isu akidah dan perayaan agama lain.

Ramai netizen pertahankan Intan

image is not available

Bagaimanapun, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai warganet tampil mempertahankan Intan, menyifatkan perbuatannya sebagai satu bentuk keprihatinan dan nilai kemanusiaan.

Malah, ada yang menegaskan bahawa membantu orang lain tidak bermaksud seseorang itu melanggar pegangan agama sendiri, sebaliknya mencerminkan sikap empati dan toleransi.

Pssttt! Sebelum menghukum, cuba fahami niat seseorang. Nilai kemanusiaan dan empati tak pernah salah, selagi pegangan agama sendiri tetap terjaga.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Intan Najuwa Tampil Bersuara Lepas Dikecam Bawa Keluarga ‘Helper’ Ke KL Sambut Krismas appeared first on Oh! Media.