“Dah bau tanah” – Warga Emas Didakwa Cuba Nak Cabut Lari Lepas Kantoi Scam Orang

Entertainment
2 Feb 2024 • 3:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

“Punya lama study ilmu nak menipu duit orang last last dah bau tanah baru master ilmu tu.”

Demikian antara reaksi netizen apabila melihat video tular yang telah meraih lebih daripada 4,500 jumlah perkongsian di platform X ini.

Video tersebut memperlihatkan seorang lelaki warga emas sedang minum di sebuah restoran rantaian makanan segera dalam keadaan gelisah sambil kedengaran orang lain sedang memarahinya.

Menurut sumber, lelaki warga emas tersebut dikatakan telah menipu duit orang ramai, dengan memperdaya mangsa tentang urusan hartanah dan ‘bawa lari’ duit orang.

Dalam video tersebut, warga emas ini pada mulanya beristighfar menjelaskan bahawa dia tidak menipu, berdasarkan video itu difahamkan dia terus mendiam selama berbulan-bulan setelah mangsa cuba menghubunginya Namun, dia cuba menenangkan mangsa dan berdalih yang dia kononnya ada temujanji lain.

Dia cuba alihkan tempat duduknya sedikit demi sedikit saat mangsa yang begitu berang dengannya itu terus memarahinya, dia memberikan nombor telefon dan terus cabut lari sebelum berjaya ditangkap orang awam.

Biarpun waktu kejadian masih belum dikenal pasti, sumber mengatakan bahawa warga emas ini begitu aktif melakukan modus operandinya di kawasan Johor Bahru.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang marah dengan warga emas ini selain daripada mempertikaikan dan mempersoalkan tentang dirinya yang tak padan dengan umur tua.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, ada juga yang memberikan komen lucu berkenaan dengan tindakan lelaki tersebut.

Hurm, zaman sekarang ni orang nak buat jahat memang dah tak kira umur.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.