Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pempengaruh yang juga pengasas Mekdinda Cosmetic, Mekdinda atau nama sebenarnya Nur Syahidatul Najwa Shukor telah mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah kilang OEM tempatan.
Difahamkan, semuanya gara-gara tempahan 10,000 unit cleanser makeup remover yang ditempah influencer berkenaan masih belum diterima selepas tempahan dibuat dari kilang OEM berkenaan pada 7 Mac lalu.
Dah Bayar Deposit Lebih RM37,000, Hilang Peluang Perniagaan Yang Dianggarkan Cecah Lebih RM100,000
Lebih mengecewakan, menurut firma guaman yang dilantik, Tetuan Aimee & Zaim Arif, Mekdinda telahpun membuat bayaran deposit sebanyak 50% yang bernilai RM37,500 daripada nilai keseluruhan kontrak yang berjumlah RM75,000.
Keadaan itu turut menyebabkan Mekdinda kehilangan peluang perniagaan serta potensi jualan yang dijangka mencecah RM111,000.
Niat Nak Sokong Industri Tempatan Namun Lain Pula Jadinya
Menerusi kenyataan media yang dikongsikan oleh firma guaman terbabit, Mekdinda memilih untuk bekerjasama dengan kilang di Malaysia kerana mahu menyokong industri tempatan.
“Saya pilih untuk bekerjasama dengan kilang di Malaysia sebab saya memang nak support industri lokal kita.
“Bila kita sebagai local brand cuba untuk support local manufacturer (pengilang), kita harap kerjasama itu dapat berjalan dengan baik dan kedua-dua pihak sama-sama berkembang.
“Saya percaya Malaysia mempunyai ramai anak muda yang kreatif dan berani untuk bina brand sendiri. Sebab itu saya rasa sangat penting untuk kita support each other dalam industri ini.
“Macam mana nak maju industri local makeup kalau kilang sini sendiri tidak menjalankan tanggungjawab kontrak?” katanya.

dan Tuan Afiq Asyraf (kedua dari kanan) pada sidang media di pejabat Tetuan Aimee &
Zaim Arif.
Dah Beri Peluang Namun Masih Belum Terima Produk, Hantar LOD Kepada Pengilang
Menurut peguam Nur Siti Sabrina Mohd yang mewakili Mekdinda Cosmetic, anak guamnya itu telahpun memberi peluang kepada kilang OEM terbabit untuk menyelesaikan tempahan sebelum tindakan undang-undang diambil.
Namun setelah lebih empat bulan, produk masih belum diterima malah wang deposit juga masih belum dipulangkan.
Difahamkan, alasan yang diberikan oleh pengilang adalah bahan mentah bagi pengeluaran produk berkenaan mengalami masalah penghantaran dari China.
Satu laporan polis telahpun dibuat pada 21 Julai 2026 diikuti dengan Surat Tuntutan dihantar pada 29 Julai lalu.

“Anak guam kami telah memberikan peluang kepada pihak OEM untuk melaksanakan tempahan tersebut.
“Namun selepas tarikh yang dijanjikan berlalu, produk masih tidak dihantar dan tiada penyelesaian yang diberikan kepada anak guam kami.
“Jadi, Letter of Demand (LOD) ini merupakan langkah seterusnya untuk mendapatkan semula apa yang menjadi hak anak guam kami,” katanya.
Antara tuntutan yang dibuat adalah:
- Pemulangan penuh deposit bernilai RM37,500
- Kerugian potensi jualan berjumlah RM111,000
- Ganti rugi am yang akan ditaksirkan mahkamah
- Kos guaman dan kos berkaitan
Kenyataan sama turut menyebut, pihak kilang OEM terbabit masih belum memberi sebarang respons berhubung isu berkenaan.
View this post on Instagram

