Pempengaruh media sosial dan usahawan, Mek Dinda mendakwa syarikat miliknya mengalami kerugian selepas tempahan sebanyak 10,000 unit produk kosmetik daripada sebuah kilang OEM tempatan masih belum diterima.
Mek Dinda atau nama sebenarnya Nur Syahidatul Najwa yang juga pengasas Mekdinda Cosmetics berkata, pihaknya kini menuntut semula deposit sebanyak 50 peratus bernilai RM37,500 selepas mendakwa sudah lebih empat bulan menunggu produk berkenaan.
AdvertisementView this post on Instagram
Bukan itu sahaja, kelewatan tersebut turut didakwa menyebabkan syarikatnya kehilangan peluang perniagaan dengan potensi jualan yang dianggarkan mencecah RM111,000.
“Saya pilih untuk bekerjasama dengan kilang di Malaysia sebab saya memang nak support industri lokal kita.
“Bila kita sebagai local brand cuba untuk support local manufacturer, kita harap kerjasama itu dapat berjalan dengan baik dan kedua-dua pihak sama-sama berkembang.
“Macam mana nak maju industri local makeup kalau kilang sini sendiri tidak menjalankan tanggungjawab kontrak?” katanya.
Beri Peluang Selesaikan Tempahan
Sementara itu, peguam yang mewakili Mekdinda Cosmetics, Sabrina Mohd & Zaim Arif berkata, anak guam mereka sebelum ini sudah memberikan peluang kepada pihak OEM terbabit untuk menyelesaikan tempahan tersebut.
“Anak guam kami telah memberikan peluang kepada pihak OEM untuk melaksanakan tempahan tersebut. Namun selepas tarikh yang dijanjikan berlalu, produk masih tidak dihantar dan tiada penyelesaian yang diberikan kepada anak guam kami.
View this post on Instagram
“Jadi, Letter of Demand ini merupakan langkah seterusnya untuk mendapatkan semula apa yang menjadi hak anak guam kami,” katanya.
Susulan itu, pihak Mekdinda Cosmetics telah mengeluarkan Letter of Demand (LOD) bagi menuntut semula deposit RM37,500, selain ganti rugi khas RM111,000, ganti rugi am serta kos guaman.
Pihak peguam turut menegaskan tindakan selanjutnya boleh diambil sekiranya tuntutan tersebut gagal dipenuhi.
“Kami tidak meminta sesuatu yang istimewa. Kami hanya menuntut apa yang sememangnya menjadi hak anak guam kami berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui.
“Kami akan mengambil langkah yang sewajarnya bagi melindungi kepentingan anak guam kami,” katanya.
Dalam perkembangan sama, pihak Mekdinda memaklumkan satu laporan polis turut dibuat berhubung isu berkenaan.
Untuk rekod, Mekdinda Cosmetics membuat tempahan sebanyak 10,000 unit cleanser makeup remover 100ml pada 7 Mac 2026 dengan nilai keseluruhan kontrak RM75,000. Deposit sebanyak RM37,500 kemudian dibayar.
Bagaimanapun, pihak Mekdinda mendakwa tempoh penghantaran yang dipersetujui sudah berlalu namun produk masih belum diterima meskipun beberapa kali tindakan susulan dilakukan.
Antara alasan yang didakwa diberikan adalah masalah penghantaran bahan mentah dari China. Pada masa sama, deposit RM37,500 berkenaan juga didakwa masih belum dipulangkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Nama Unik Ni Satu Je Dalam Malaysia” – Warga Emas Dikenali Sebagai Entah Binti Ta’tahu Curi Perhatian
The post “Macam Mana Nak Maju?” – Tempah 10,000 Produk Tak Sampai, ‘Founder’ Kosmetik Hantar LOD Kepada Kilang OEM first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


