“Dah Berapa Kali Daddy Datang Tapi..” – Fatima Sakit, Fattah Dakwa Tak Dapat Jumpa Anak

EntertainmentOpinion
7 Mar 2025 • 11:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan penyanyi sensasi, Fattah Amin ada memaklumkan bahawa keadaan kesihatan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya berada dalam keadaan yang tidak baik.

Malah, Fattah turut memberitahu bahawa dia gagal berjumpa Fatima selepas beberapa kali berkunjung ke rumah bekas isterinya, Nur Fazura.

image is not available

Dah beberapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima. Kasihan Fatima tak sihat, mohon doakan Fatima semua.

Aktor itu juga memuat naik foto anaknya itu yang sedang makan ubat di Instagram Story.

Namun tidak dijelaskan penyakit sebenar yang menyerang si kecil itu.

Sekadar info, Fazura dan Fattah telah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

image is not available

image is not available

Susulan perceraian itu, hak penjagaan anak mereka jatuh kepada Fazura dan Fattah diberikan hak melawat dan bermalam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

"Terfikir-Fikir Juga Apa Dia Makan.." - Nora Danish Hadir Majlis Ilmu Bersama Nedim Di Bulan Ramadan