“Tau2 drop lagu” – Berduet Dengan Syasya, Lagu Raya Fazura Raih Perhatian Netizen

Entertainment
7 Mar 2025 • 2:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon dan juga penyanyi terkenal, Nur Fazura memberi kejutan kepada peminat apabila melancarkan lagu raya pertamanya berjudul Raya Pum Pang.

Apa yang lebih menarik, debut kali ini turut menampilkan bekas kumpulan Dolla, Syasya Rizal sekali gus menjadikannya satu kolaborasi yang tidak dijangka orang ramai.

Berkongsi mengenai lagu raya tersebut dalam satu hantaran di Instagram, Fazura tampil meluahkan rasa gembira dapat bekerjasama dengan Syasya untuk projek ini.

“Strim Raya Pum Pang sekarang di semua digital streaming platforms darling.

“What a remarkably swift and fun experience bekerjasama dengan Syasya Rizal untuk lagu ini. Hope you guys will enjoy and have fun with Raya Pum Pang,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Dalam diam dah ada lagu raya”

Perkongsian itu memberi keterujaan buat para peminat yang tidak menjangka pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia akan mengeluarkan lagu raya.

image is not available image is not available

Malah, lagu raya ini juga menandakan ‘comeback’ Syasya Rizal ke industri muzik selepas keluar daripada kumpulan Dolla pada tahun lepas.

Wah, macam ramai yang suka lagu ni! Agaknya boleh jadi lagu raya trending untuk tahun ni tak?

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.