Dah Berbaik Dengan Suami? Diana Danielle Mohon Netizen Jangan Salah Faham Kenyataan

5 Apr 2023 • 2:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
diana danielle

Pasangan selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk sebutan kes hadanah membabitkan hak penjagaan dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Dalam satu kenyataan, Diana berkata, sebutan kes hari ini berjalan dengan baik dan dia berharap mereka boleh mencapai kesimpulan serta penyelesaian.

@sinar_my Nampaknya kedua-dua belah pihak seperti mencapai kata putus, harapan juga agar isu ini bertemu jalan penyelesaian. Diana juga memohan agar orang ramai mendoakan dia Disamping itu, apabila ditanya tentang keadaan Aurora, Diana mahu menjaga privasi anak keduanya itu dengan tidak berkongsi tentang keadaannya dengan lebih terperinci. Diana Danielle turut enggan mengulas dengan lebih lanjut tentang bilik yang diperkatakan. Diana juga menyerahkan segala pertanyaan kepada peguamnya. #SINARKongsi #fypシ #xyzbca #dianadanielle #faridkamil ♬ original sound – SINAR

Kenyataan yang dibuat Diana membuatkan ada netizen menyangka pasangan itu membuat keputusan untuk berbaik. Namun, Diana menerusi satu perkongsian di Instagram Story memohon orang ramai tak salah faham.

image is not available

Sementara itu, Farid Kamil berkata dia sedang berusaha untuk menyelamatkan keluarga dan mencari jalan terbaik untuk isteri serta dua anaknya. Dia bagaimana pun menyerahkan soal itu kepada Allah SWT.

Kredit: Instagram Diana Danielle

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.