Dah berlapik! Noorkhiriah akui khilaf, sedaya upaya tak bersentuhan tapi terbabas

EntertainmentLifestyle
26 Apr 2025 • 3:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Noorkhiriah akui silap melakonkan babak bersentuhan dengan Azhan Rani dalam drama Seribu Tahun, walaupun dilakukan dalam keadaan berlapik.

Pelakon berusia 47 tahun itu berkata, dia sebenarnya telah berusaha menjaga batas sepanjang penggambaran dan sentiasa cuba mengelak sebarang sentuhan fizikal.

“Saya faham niat tidak menghalalkan cara walaupun berlapik, sedaya upaya saya cuba untuk tidak bersentuhan dan berlapik,”akuinya.

image is not available

Namun begitu, Noorkhiriah menjelaskan bahawa ada satu babak yang mencetus kekeliruan penonton di mana wataknya didukung, tetapi hakikatnya tubuh yang didukung itu adalah pendua, bukan dirinya.

“Tetapi itulah, kadang-kadang kita terbabas. Ada satu babak yang belum keluar, Nor (watak Khiriah) didukung namun yang didukung itu bukan saya, pendua saya.”

“Saya jelaskan di sini supaya tiada yang bertanya. Mungkin kesilapan saya kerana membuka ruang untuk dikecam serta komen yang bukan-bukan,”ujar Noorkhiriah.

image is not available

Noorkhiriah akui khilaf

Menerusi video TikTok yang dimuat naik, Noorkhiriah turut berterima kasih kepada semua yang menegurnya dan memohon doa agar terus diberikan kekuatan untuk istiqamah.

“Apa pun terima kasih atas setiap teguran, saya terima. Insya-Allah segala yang buruk daripada saya, yang baik dari Allah.”

“Saya sedaya upaya berusaha untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Nak istiqamah dan jadi lebih baik tak semudah mata memandang, doakan ya,”katanya.

image is not available

Terdahulu, babak Noorkhiriah memegang paha Azhan dalam drama Seribu Tahun menjadi bualan ramai di media sosial. Walaupun berlapik, penampilan Noorkhiriah yang kini sudah berhijrah membuatkan ramai meluahkan rasa kurang senang terhadap adegan tersebut.

Sumber: TikTok nurshapie_

View Original Article