Dah Bertahun Jatuh Talak Tiga Pada Isteri, ‘Influencer’ Didakwa Putar Belit & Suruh ‘Test’ DNA Pula – “Dah Sah Sah Anak Dia”

Entertainment
6 Dec 2023 • 1:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, tular tentang pasangan pempengaruh media sosial Hajar Hanif dan Mikhail Isaaq selepas wanita itu mendedahkan tentang suaminya yang kantoi kerap ke kelab malam.

Bukan itu sahaja, menurut Hajar dia juga tidak tahu bahawa sebenarnya dia sudah bertahun dijatuhkan talak tiga oleh Mikhail yang mencuranginya.

image is not available 2 days ago

"Lempang, Cekik I Masa I Mengandung" - Pempengaruh Curang, Rupanya Tak Sedar Bertahun Dah Jatuh Talak Tiga Pada Isteri?

Terbaru, Hajar berkongsi di satu hantaran Instagram tentang keadaan terkini situasi rumah tangganya itu dan berkata Mikhail suka ‘pusing cerita’ serta turut melabelnya narsistik.

Ujar Hajar, selepas perbuatan kantoi Mikhail menyuruhnya untuk membuat ujian DNA dan turut menuduhnya mempunyai affair dengan pempengaruh yang membantunya, Am Nazhan.

Pening belit sana sini. Suruh test DNA pulak dah. Sah sah la DNA dia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAJAR HANIF (@hajarhanifofficial)

Tambah Hajar dia turut dihubungi oleh pegawai penyiasat untuk datang ke balai bagi memberikan keterangan dipercayai kerana Mikhail membuat laporan terhadapnya.

Menerusi hantaran berbeza, Hajar turut mendedahkan sebenarnya statusnya berubah (bukan lagi isteri) sejak 7 tahun yang lepas namun baru sahaja mengetahui hal itu.

Know know janda. Cuma janda ni bodoh sikit sebab nak dekat 7tahun baru tahu. Selama hampir 7 tahun bersama si dia, Allah bukakan 1001 jalan untuk I.

image is not available