“Dah besar baru tahu” – Shiera Ijoy Dedah Pernah Jadi Suara Latar ‘Bo’ Dalam Kampung Boy

Entertainment
25 Sep 2023 • 5:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Untuk yang lahir pada sekitar tahun 80-an dan 90-an pastinya tahu tentang siri animasi Kampung Boy.

Bermula dengan novel grafik, Kampung Boy karya kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat kemudian disiarkan di kaca televisyen pada tahun 1997.

Bagi yang tidak tahu, Kampung Boy menceritakan kisah pengembaraan seorang budak kampung, Mat dalam meniti kehidupan seharian yang penuh dengan adat dan budaya.

image is not available

Kalau korang ingat lagi, Mat juga ada teman-teman seperjuangan bernama Bo dan Tak. Bo adalah rakannyan yang lebih pintar dalam kalangan mereka manakala Tak cenderung dengan kebolehan bermain pelbagai sukan.

Menerusi perkongsian Astro Gempak dalam segmen Borak Dulu Baru Kamu musim kedua, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahira mendedahkan dialah di sebalik suara latar watak Bo.

@astrogempak

Watak Bo, Kampung Boy suara @shieraijoy . Video penuh di YT/FB Astro Gempak Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 #BorakDuluBaruKamu #BDBKS2

♬ original sound – Gempak – Gempak

Lebih mesra dengan panggilan Shiera, dia diterima untuk memegang suara latar watak itu selepas menghadiri uji bakat bagi animasi Kampung Boy.

“Masa tu saya macam tak pandai sangat, buat je. Kitorang baca (skrip) je, kartun tak ada lagi.

“Okaylah satu hari dalam dua jam dapat RM3,500 sebab watak saya tak banyak sangat,” kongsinya.

Dalam video itu, Shiera turut melakonkan semula suara latar karakter Bo. Memang samalah!

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai yang tidak menyangka watak itu merupakan pemilik suara latar kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah.

image is not available

Walaupun sudah lebih 20 tahun siri ini disiarkan, Shiera masih tidak lupa dengan gaya watak Bo. Mengimbau memori min!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article