“Dah Besar Semua Buat Apa Diaorang Suka” – Reaksi Shiera Ijoy Bila Anak Tindik Kening

EntertainmentLifestyle
4 Nov 2025 • 3:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon dan penyampai radio, Shiera Ijoy, mencuri perhatian ramai apabila berkongsi luahan hati tentang anak perempuannya yang kini semakin dewasa dan mula membuat keputusan sendiri termasuk menindik kening.

“Terpaksa lepaskan bidadariku…”

Menerusi satu perkongsian di Threads, Shiera memuat naik video merakam reaksi dirinya ketika melihat anak perempuannya itu.

image is not available

Luahan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memahami perasaan seorang ibu apabila anak mula melangkah ke fasa dewasa dan ingin menentukan identiti sendiri.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen memuji sikap Shiera yang tenang dan terbuka dalam mendidik anak.

View on Threads

Ada juga yang terhibur melihat wajah anak Shiera yang dikatakan saling tak tumpah seperti suaminya, pelakon Ijoy.

Pssttt! Ohmedia salute dengan cara Shiera urus emosi bila anak makin besar, tetap tegas tapi masih lembut. Kadang bukan mudah nak lepaskan, tapi itulah cabaran bila anak mula belajar jadi diri sendiri. Apa pun, semoga hubungan ibu dan anak ni terus harmoni dan penuh kasih sayang.

Kredit: Shiera Ijoy
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Dah Besar Semua Buat Apa Diaorang Suka” – Reaksi Shiera Ijoy Bila Anak Tindik Kening appeared first on Oh! Media.