‘Dah boleh beli maksimum 5 kampit beras putih tempatan’ – Mohamad Sabu

LocalPolitics
29 Apr 2025 • 10:54 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, kerajaan telah mengedarkan lebih tiga juta kampit beras putih tempatan (BPT) ke seluruh negara melalui program khas bagi memastikan rakyat dapat membeli sehingga lima kampit dalam satu-satu masa.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas bekalan BPT kembali stabil hasil pelaksanaan pelbagai langkah berkesan oleh kementeriannya sejak beberapa bulan lalu.

“BPT kini boleh dibeli lebih daripada dua kampit, namun terhad kepada maksimum lima kampit sahaja,” katanya.

Menurut beliau, sehingga pertengahan April lalu, sebanyak 3.16 juta kampit BPT bersaiz 10 kilogram telah diedarkan melalui lebih 47,000 premis runcit berdaftar di seluruh negara, dengan agihan tertinggi dicatatkan di Selangor, Kedah, Perak dan Johor.

Mohamad menegaskan, usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen kementeriannya untuk memastikan keterjaminan bekalan beras kepada rakyat sentiasa terpelihara.

“Negeri-negeri seperti Selangor, Kedah, Perak dan Johor mencatatkan jumlah agihan tertinggi.

“Langkah ini menjadi antara usaha penting kementerian untuk menjamin keterjaminan bekalan beras rakyat secara konsisten,” katanya.

Sumber: Sinar Harian