“Dah Boleh Duduk Rumah Baru..” – Sewa Rumah Dan Bil Tertunggak Dah Langsai, To’ki Diberi Rumah Oleh Baitulmal

31 Oct 2023 • 2:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi lelaki veteren, To’ki akhirnya dikhabarkan telah pindah ke rumah sewa baru pada hari Jumaat lalu yang telah disediakan oleh Baitumal. Rumah tersebut berada di Sentul, Kuala Lumpur.

To’Ki yang diketahui telah gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah berjumlah RM3K dan bil elektrik yang mencecah lebih RM6K itu telah dilunaskan oleh Baitulmal. Tambah penyanyi 90-an ini, dia masih lagi dalam proses permindahan berperingkat.

Insya Allah, Rabu ni dah boleh duduk rumah baru.

Tuan rumah juga lanjutkan tempoh sampai 31 Oktober untuk kami selesaikan urusan perpindahan.

image is not available

Bukan itu sahaja, To’ki juga berharap isu ini tidak lagi diperbesar oleh netizen memandangkan isu tersebut sudah pun selesai dan dirinya juga tidak akan tinggal di rumah lama itu lagi.

Katanya, dia amat berterima kasih kepada pihak berkenaan yang sanggup membantu dirinya dah isteri.

Terdahulu, notis tunggakkan dan mengosongkan rumah telah diberi dan diterima oleh isteri kepada penyanyi ini namun mereka masih berkeras untuk tinggal di rumah tersebut.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 weeks ago

"Saya Masih Tinggal Di Rumah Itu" - Tak Bayar Sewa Rumah & Bil Api, To'Ki Dibantu Baitulmal Cari Rumah Sewa Baharu