“Dah Boleh Jadi Malaysian”- Pelancong Makan Siput Sedut & Aneka Lauk Buat Ramai Teruja [Video]

LocalFood
21 Jul 2025 • 2:20 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pelancong yang datang berkunjung ke Malaysia, kebanyakannya pasti akan jatuh cinta dengan negara ini.

Bukan sahaja daripada budaya dan masyarakatnya, bahkan makanan juga menjadi punca mengapa mereka sukakan negara ini dan sering kembali untuk merasai makanan berkenaan.

Malah ada yang sanggup terbang jauh demi merasakan makanan yang sudah lama diidam-idamkan.

Ramai teruja lihat pelancong makan siput sedut, asam pedas dan ulam-ulaman

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang pelancong dari luar negara yang mencuba aneka lauk-pauk ketika berkunjung di Malaysia.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ticovigour di TikTok, awalnya kelihatan dia telah berkunjung ke sebuah restoran untuk mencuba makanan lauk-pauk tengah hari yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Awalnya kelihatan dia mengambil beberapa lauk seperti ulam-ulaman, asam pedas ikan, siput sedut dan juga ikan keli goreng.

Malah dia dilihat tahu bagaimana ingin menikmati lauk siput sedut masak lemak cili api yang diambil.

Bukan hanya itu, dia juga dilihat makan lauk tersebut bersama dengan nasi putih yang telah dipesannya.

Makan dengan begitu selera

Turut kelihatan dia menikmati siput sedut serta lauk-pauk yang diambilnya habis dimakan dengan begitu berselera.

Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan, kelihatan Tico turut menikmati makanan lain sewaktu berkunjung di Malaysia seperti durian, pasembor, dan bermacam-macam lagi.

Malah turut kelihatan dia berkunjung ke pasar malam untuk mencuba makanan seperti apam balik, sate, jagung bakar serta banyak lagi.

@ticovigour

They Said Don’t Suck the Wrong End… 😭🦪 #siputsedut #masaklemakciliapi #mukbangvideo #klfoodie #asmr @🥱 rama_rahmah

♬ in this shirt – favsoundds

Ramai suka lihat pelancong makan lauk yang jarang dicuba pelancong lain

Mejengah ke ruangan komen, kelihatan orang ramai begitu teruja melihat Tico menikmati makanan lauk-pauk itu.

Malah ada yang mengatakan Tico seperti sudah boleh menjadi rakyat Malaysia kerana pandai menikmati makanan itu.

Bukan hanya itu ada yang bertanya siapakah yang mengajar Tico untuk menikmati lauk tersebut kerana dia dilihat begitu berselera.

Ada juga yang mencadangkan Tico untuk mencuba lauk lain seperti patin tempoyak, sambal dan bermacam-macam lagi.

“Macam mana pula dia boleh jumpa siput sedut ni”

image is not available

“Fuh siput sedut combo pula asam pedas, memang tak lari mana mat”

image is not available

“Siapa ajar dia makan siput sedut”

image is not available

“Wah sangat expert ya. Lepas ni patin tempoyak lah pulak”

image is not available