“Dah Confirm La tu” – Banyak Momen ‘Sweet’, Jennie BP & V BTS Pergi Dating Bersama Di Jepun?

1 Sep 2023 • 12:53 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Nampaknya, netizen makin yakin tentang hubungan percintaan antara Jennie BLACKPINK dan V BTS.

Baru-baru ini, V telah memuat naik beberapa foto baru di laman Instagram, berkongsi kepada peminat percutiannya ketika di Tokyo.

Menarik perhatian, dalam gambar yang dikongsi, V sepertinya pergi ke lokasi yang sama dengan Jennie sebelum ini, menimbulkan khabar angin bahawa mereka berdua pergi keluar dating bersama.

image is not available

Memandangkan kedua idola itu sudah beberapa kali mempunyai kebetulan yang sama, netizen semakin percaya bahawa memang benar mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa.

Sementara itu, agensi masih belum memberikan apa-apa kenyataan mengenai hubungan mereka sehingga kini.

Apa-apa pun, kami tetap sokong!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.