Dah cuba tapi gagal, Mawar Rashid ‘tanggal’ tudung

10 Oct 2023 • 9:29 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
mawar rashid tanggal tudung

Sudah mencuba namun gagal menjadi sebab pelakon cantik, Mawar Rashid tanggal tudung selepas beberapa tahun tampil dengan imej tersebut.

Mawar Rashid tidak lagi bertudung

Dia telah membuatkan para peminat terkejut selepas memuat naik gambar tidak lagi bertudung dengan menampilkan rambutnya yang sedikit perang di bahagian hadapan.

image is not available

Mawar Rashid tanggal tudung, akan kembali jika mental bersedia

Menerusi Insta Story yang dibuat oleh Mawar, dia mengucapkan selamat tinggal sebentar dan akan kembali semula apabila sudah bersedia secara mental.

“Goodbye world. Will be back when i’m mentally ready. Love you guys always,” tulisnya ringkas.

image is not available

Pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu juga dilihat menutup ruangan komen di Instagramnya menyebabkan netizen tidak dapat meninggalkan sebarang pesanan.

Sebelum ini, fesyen hijabnya juga menjadi sorotan apabila mulai berani memperlihatkan bahagian leher serta sedikit rambut dan telinga. Hal tersebut pastinya berbeza dengan penampilannya diawal bertudung tempoh hari.

image is not available

Untuk rekod, isteri kepada usahawan, Raf Yaakob ini telah tampil bertudung sekitar tahun 2020 apabila merasakan terbuka hati untuk menutup aurat kerana sudah lama menyimpan hasrat tersebut.

Kita doakan yang terbaik buat Mawar.

Sumber: Instagram Mawar Rashid