“Masalah Tekanan Mental Serius” – Adik Ipar Kembali ‘Free Hair’, Ini Jawab Fazley Yaakob

Politics
10 Oct 2023 • 12:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, semalam, pelakon Mawar Rashid membuat orang ramai terkejut selepas memuat naik gambar sudah tidak lagi bertudung.

Kata Mawar di kapsyen foto tersebut, dia sudah cuba untuk kekalkan imej bertudung tetapi gagal dan disebabkan itu, dia memohon maaf kepada orang ramai.

Abang ipar kepada pelakon tersebut, Fazley Yaakob enggan memberi sebarang komen berkenaan isu itu dan tidak masuk campur urusan adiknya, Raf Yaakob.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Apabila ditanya oleh pihak Utusan Online sama ada perasan atau tidak dengan perubahan Mawar hingga ambil keputusan untuk free-hair, cef tersebut tahu bahawa adik iparnya alami masalah tekanan mental yang serius.

Saya rasa semua pun sedia maklum dan Mawar juga sudah berulang kali memberitahu, dia mempunyai masalah kesihatan mental yang serius.

Dalam pada masa yang sama, Fazley hanya memohon doa daripada orang ramai untuk Mawar terbuka hati kembali bertudung satu hari nanti.

image is not available 8 hours ago

“Saya Dah Cuba, I'm Sorry..” - 3 Tahun Berhijab, Mawar Rashid Kembali ‘Free Hair’