Dah Dapat Restu Keluarga? ‘Teman Wanita’ Didakwa Teman Choi Wooshik & Ibu Bapa Bercuti Di Taiwan

21 Feb 2024 • 12:09 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Betul ke Choi Woo-shik bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi?

Sebelum ini, Choi Woo-shik didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan seorang model iaitu Jung Ju-hee dan juga pernah meluangkan waktu bersama di Jepun.

Terbaru, seorang peminat membuat satu hantaran di Instagram, mendedahkan bahawa teman wanitanya itu telah menemani Choi Woo-shik dan ibu bapanya ke Taiwan, untuk bercuti bersama pada Hari Valentine.

Tambahan, pelakon lelaki itu juga ada berkongsi gambar kasut yang dibelinya di Taiwan namun terus memadamnya kerana mungkin takut mengenai pelbagai spekulasi yang akan dibuat netizen.

Meskipun pelbagai dakwaan telah dibuat, agensi Choi Woo-shik masih lagi berdiam diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi setakat ini.

Kalau betul pun apa salahnya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.