
Tidak dapat dinafikan bahawa perhatian seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada kapal Mikeno dinaiki selebriti Ardell Aryana semalam.
Ketika rakan-rakan aktivis lain terpaksa menamatkan misi selepas dipintas tentera Zionis, Mikeno terus membelah samudera menghampiri pantai Gaza.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby dalam sidang media semalam mengesahkan bahawa Mikeno akhirnya berjaya dipintas tentera Zionis.
Tindakan itu membawa kepada penahanan Ardell dan sukarelawan lain. - Getaran, 3 Oktober 2025
@getaranmy Pelakon & aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana ditahan. Ikuti www.getaran.my untuk berita terkini tentang #sumudflotillanusantara #palestine #sumudfloatilla ♬ original sound - Getaran


