“Dah Jadi Rutin..” – Buat Pelbagai Kerja, Lee Jaewook Kongsi Kisah Hidup Susah Semasa Masih Sekolah

26 Mar 2024 • 2:05 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Lee Jae-wook telah berkongsi kisah hidupnya pada masa lalu.

Baru-baru ini, Lee Jae-wook telah ditemu bual oleh majalah W Korea. Di mana, dia telah berkongsi kisah mengenai masa lalunya serta perancangan masa depannya.

Menurut pelakon “Alchemy Of Souls” itu, keluarganya menjalani kehidupan yang agak susah semasa dia masih bersekolah.

Katanya,

Semua orang ada cara masing-masing untuk menghabiskan masa. Tapi, disebabkan keadaan kehidupan keluarga saya agak susah, saya banyak habiskan masa dengan bekerja.

Tambahnya,

Ada hari saya bekerja sebagai pelayan di restoran, ada hari saya jadi tukang basuh kereta. Ianya dah jadi macam rutin harian saya dan lama kelamaan saya jadi rasa seronok bila bekerja.

image is not available

Sambungnya lagi,

Tambahan pula, pengalaman saya bekerja dalam pelbagai jenis pekerjaan pada masa lalu sangat membantu saya pada masa kini. Macam yang kita tahu, pelakon akan lakonkan pelbagai jenis watak, jadi, pengalaman saya masa sekolah dulu telah membantu saya untuk menjadi pelakon yang lebih baik.

Betul la orang kata yang pengalaman tu sangat mahal kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.