“Dah Jadi Siti Kasim Junior” – Penampilan Ain Husniza Jadi Tumpuan Netizen, Dikritik Masih Muda Untuk ‘Join’ Politik

1 Aug 2023 • 3:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penampilan remaja perempuan, Ain Husniza yang pernah mencetuskan kontroversi dan menjelmakan tanda pagar #makeschoolasaferplace menjadi tumpuan apabila dia dikatakan menyerupai aktivis dan peguam, Siti Kasim.

Dia juga difahamkan sedang mengikuti kempen sebuah parti politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) dan memuat naik foto terbaru dengan rambut berwarna putih di Twitter.

Seiras Siti Kasim, beberapa pengguna Twitter menyifatkan penampilan Ain itu tidak ubah dengan aktivis itu yang mempunyai rambut yang sama warna.

Maklum dengan kritikan netizen itu, Ain kemudian memuat naik beberapa lagi foto dengan gaya rambut dan warna yang berbeza.

Warna rambut saya dapat perhatian, di sini saya tunjukkan beberapa gaya yang saya dah cuba. Saya warnakan sendiri di rumah.

Saya akan senaraikan pautan kalau saya rajin. Saya biarkan rambut tumbuh secara semula jadi lepas ini. Ya saya dalam fasa meneroka diri.

Terdahulu, nama Ain menjadi buah mulut dan meniti di bibir masyarakat setelah dia mendedahkan tindakan tidak senonoh seorang guru di sekolahnya yang cuba membuat jenaka rogol pada tahun 2021.

Sementelah itu, Ain bersama bapanya, Saiful Nizam sering berkongsikan kesedaran tentang isu pendidikan dan hak wanita di media sosial mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Tin Kosong, Macam Jakun Dapat Basikal" - TMJ Kritik Pemilik Lamborghini Pandu Cara Berbahaya